Sabtu, 18 Julai 2015

MERIDA ROAD LITE 904 UPGRADED UNTUK DILEPASKAN



Spesifikasi :
  • Kosmetik 9/10
  • Execellent condition
  • Saiz S / 48
  • Shimano 105 Groupset
  • Shimano 105 Pedal Cleat
  • Richey Carbon Seatpost
  • LOOK spacer stem
  • Shimano Wheel set
  • X-mission handle bar Comp
  • X-mission saddle Comp 
  • Merida carbon fork
  • New tyre – Panaracer Stradius Sport (Japan)
  • ***Extra aksersori (full package) : CatEye Strada Wireless (rm300), TOPEAK Saddlebag, GIRO Atmos helmet (rm800), Shimano Shoes SPDSL R075 & Glove
  • Harga Tawaran RM3650.00 (nego)
  • Sila hubungi 0199133338 (call), 0139224332 (whatapps) 
  • Reason jual : tiada kesempatan nak ride
***bergantung kepada tawaran harga

 Frame Aluminium yang ringan sesuai untuk roadrace

 LOOK Spacer Carbon...nampak bergaya dan mengurangkan berat

 Ritchey Carbon Seatpost...gaya profesional dan mengurangkan berat
...X-mission saddle...selesa
...free TOPEAK saddlebag


 New tyre...Panaracer made in Japan

 everythings 105...pay for good quality & money value

 RD 105 & crankset...shining & look new


 Merida frame...Europe design

 Merida Carbon fork...


 CatEye Strada Wireless...comel bergaya...harga pon boleh tahan jugak ni! ...kena harga, dpt free

Anda boleh kira sendiri la nilai ini barang...semuanya barang ori
GIRO Atmos helmet, Kasut Shimano SPDSL R075 & Fox glove


Rumah Kedai 2 Tingkat Untuk Dijual Segera

Rumah Kedai 2 Tingkat Untuk Dijual 

- Status   : Baharu saja siap dibina
- Lot         : End Lot
- Lokasi  : Lot 3098, Taman Sri Kijang, Mukim Limbat, Guntong K.Bharu
- Potensi : Bersebelahan dengan Bandar Satelit Pasir Tumboh, Kelantan
- Harga    : 645,000.00

SILA HUBUNGI  0199133338 (call)  0139224332 (Whatapps)

 

Lokasi 

 


Rabu, 15 Julai 2015

Work Out & Sahur @ Puncak Bukit Keluang

Walaupun berpuasa, ia tidak menjadi halangan untuk terus beraktiviti. Bagi otai-otai gunung dan kaki hiking, event sempena Ramadhan tetap diteruskan. 

Kesempatan sebeginilah diambil untuk bertemu sedangkan waktu siang penuh dengan acara masing-masing. Kali ini kami telah memilih Bukit Keluang sebagai lokasi pertemuan untuk nite hiking dan bersahur di puncaknya. 

Seramai 26 orang otai gunung dan kaki  hiking berkumpul. Peserta yang paling jauh adalah dari Kerteh dan Paka. Mereka mulakan perjalanan ke Besut sebaik sahaja selesai Bertarawih. 

Alhamdulillah, jam 03:00am semua peserta telah bersiap sedia untuk hiking. 

Hiking waktu malam sememangnya menyeronokkan. Sekali sekala terasa deruan bayu laut hinggap di badan. Cahaya dari headlamp juga menimbulkan suasana yang cukup menarik seolah-olah cahaya kekunang di waktu malam.

Paling depan adalah sdra Nayo, merupakan ketua projek bagi nite hiking ini. Katanya, program ini juga mensasarkan kutipan derma untuk bapa salah seorang sahabat mendaki yang sedang sakit kritikal dan memerlukan kewangan banyak. Beliau juga kerap mengetuai pendakian di Gunung Rinjani, Indonesia.



Kami turut membawa bahan mentah untuk dimasak bagi bersahur. Air dibawa secukupnya untuk minuman, masak dan wuduk kerana di puncak tiada bekalan air.

 Hampir 40 minit hiking, semua otai berjaya tiba di puncak dengan selamat. Suasana begitu gelap dan sunyi...adakala terasa macam ngeri.

 sebaik sahaja tiba di puncak, ada yang terus melelapkan mata bagi menikmati malam...tak kurang juga ada yang terus sambung bercerita.

 Di puncak Bukit Keluang telah disediakan sebuah gazebo yang selesa dan boleh memuatkan hingga 40 orang berteduh. Maka khemah tidak diperlukan.

Inilah pemandangan waktu dinihari yang sempat dirakamkan dengan kamera telefon xperia.

 Rakaman setelah subuh...panorama alam yang sangat menarik.

 Pemandangan di puncak sememangnya menarik. Bukan hanya waktu malam di bawah cahaya purnama, namun di siang hari juga menarik.



 Setelah subuh berlabuh. Beberapa orang peserta masih lagi mencari sudut pemandangan yang menarik untuk dirakamkan sebagai kenangan.

Ini sdra Ijat, otai gunung (mountain guide) yang tidak asing lagi di Besut khususnya untuk pendakian gunung di Terengganu...juga merupakan salah seorang main climber bagi Terengganu De'Everest. Bagi mereka yang meminati aktiviti pendakian bolehlah berhubung dengan beliau jika berhajat untuk mendaki di Terengganu.

 Mempamerkan gaya bersahaja...masing-masing masih lagi seronok menikmati keindahan alam di waktu pagi.

 Pemandangan arah Pulau Rhu, tidak jauh dari pantai Bukit Keluang...sangat sesuai untuk aktiviti berkayak.

 Teringin juga nak bergambar...di belakang saya adalah salah seorang peserta dari Kota Bharu, pelajar Uitm. Datang tergesa-gesa setelah diajak oleh rakannya.

Sekadar ini sahaja paparan yang sempat dirakamkan untuk perkongsian bersama sempena Ramadhan 1436H ini. Kepada pencinta alam, kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke Bukit Keluang, Besut untuk menikmati panorama alam yang sungguh mengasyikkan. Sekiranya anda memerlukan bantuan, jangan segan silu untuk menghubungi kami. Bagi mereka yang kaki gunung, kami juga bersedia untuk membantu anda bagi aktiviti pendakian.
Sekian, Wassalam.

Selasa, 7 Julai 2015

Sepetang Di Tasik Puteri

Lokasi : Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun


Sepetang berada di Taman Rekreasi Tasik Puteri sungguh cepat terasa masa berlalu. Terasa begitu kagum dengan keindahan alam ciptaan Allah. Walaupun dahulunya dikatakan bekas lombong bijih namun sekarang menjadi tumpuan pengunjung untuk bersantai dan berekreasi. Pemandangan persekitarannya cukup menarik dan bersih. Kini kawasan lombong bijih ini sudah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan kepada pengguna termasuklah kawasan tapak perkhemahan yang sistematik dan teratur, kedai makan, surau, ruang pakir dan kemudahan untuk beriadah termasuklah kayak serta bot.

Kedudukannya yang berhampiran dengan kawasan penduduk setempat dan juga Kolej Uitm Cawangan Dungun menjadikannya begitu strategik dan ramai pengunjung. Bagi pengguna jalanraya yang melalui jalan Jerangau - Jabor juga boleh akses ke lokasi dengan mudah. Simpang masuk dari jalan utama ke lokasi hanya beberapa minit dengan jarak 1km lebih.






Beginilah panorama waktu senja yang sempat dirakamkan untuk tontotan bersama. Ini pun sekadar saya gunakan kamera handphone cap ayam jer ni... Tapi yang bestnya jika pengunjung sempat meronda kawasan dengan basikal. Di sini juga disediakan trek offroad untuk penggemar MTB melepaskan geram.




so, siapa-siapa yang nak datang tu jangan lupa bawa MTB sama yer. Namun begitu, tanpa MTB pun anda masih lagi berpeluang beriadah di sini. Aktiviti kayak pun tak kurang juga bestnya... 




Kalau tak mau kayak...terjun air jer la...



 Sure best kan...so, jangan la lepaskan peluang untuk datang ke sini...